Friday 4 March 2011

Saham Wakaf Johor

DEFINISI WAKAF
"SAHAM WAKAF JOHOR" merupakan satu skim di mana masyarakat Islam memberli saham dengan harga RM10 seunit daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor. Seterusnya mewakafkan Saham tersebut kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan tujuan manfaatnya diberikan kepada umat Islam.

Skim ini dilancarkan berasakan kepada penghayatan terhadap sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud
“Apabila matinya anak Adam terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah (harta yang diwakafkannya), ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kepadanya” (Hadis Riwayat Muslim).
Kebiasaannya orang yang kaya dan berkemampuan sahaja berpeluang untuk mewakafkan harta mereka tetapi dengan adanya skim "Saham Wakaf" ini golongan umat Islam berpeluang untuk beramal jariah menerusi konsep wakaf untuk mendapat keredhaan ALLAH s.w.t mengikut kemampuan dan keikhlasan masing-masing.
Wakaf berasal dari bahasa arab yang membawa maksud HABS (menahan) dan MAN’U (menegah/membeku)
Dari segi syara’ - Menahan harta dan memberikan manfaatnya ke jalan Allah - Syed Sabiq
Wakaf itu ialah pemberian yang berkekalan di atas harta atau sebahagian daripadanya oleh Tuan punya harta itu kerana maksud agama mengikut hukum syara’ semata-mata kerana Allah selama-lamanya.
Wakaf terbahagi kepada 2 :
1. Wakaf Ahli (wakaf keluarga) -Iaitu wakaf yang memberi manfaat kepada keturunan Wakif atau keturunan Maukuf Alaihi seperti anak cucu dan turun temurun.
2. Wakaf Khairi ( Kebajikan ) - Terbahagi kepada 2,
a. AM
iaitu wakaf yang manfaatnya am yang boleh digunakan oleh semua orang islam seperti wakaf masjid surau.

b. Khas
wakaf yang manfaatnya dikhususkan kepada Jihah tertentu seperti madrasah,rumah anak yatim dan sebagainya
PENUBUHAN BAHAGIAN WAKAF
Ditubuhkan pada tahun 1313 H bersamaan 1895 M.Peringkat awal dikelolakan oleh Yang DiPertua Jabatan Agama Johor.Diletak di bawah MAINJ dengan kuat kuasa Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor 1978 / 2003
FUNGSI
- Mengurus dan mentadbir Kumpulan Wang Wakaf sebagai Pemegang Amanah Wakaf.

- Sebagai pemegang amanah harta-harta yang diwakafkan oleh umat Islam untuk tujuan-tujuan tertentu
BIDANG KUASA
- Mentadbir harta-harta Wakaf.
- Mendaftar harta-harta Wakaf.
- Mengagih harta-harta Wakaf mengikut tujuan yang telah ditentukan oleh pewakaf.

Untuk Keterangan Lanjut Layari www.e-wakafjohor.gov.my